SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

906, Jalan sekolah, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim | Tel: 077711458 | Fax: 077721458 | Email: jbb2049@moe.edu.my

Kebitaraan Bahasa Inggeris



JAWATANKUASA KEBITARAAN BAHASA INGGERIS
PENASIHAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG
PENGERUSI ENCIK JASMAN BIN MURSID
Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI PUAN MARIAM BINTI K. MOHAMED
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI I ENCIK RAHMAN BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI II ENCIK SHAMSUDDIN BIN TAMSIR
Penolong Kanan Kokurikulum
PENYELARAS SKK ENCIK SARIF ADLI BIN SIDIK
SETIAUSAHA PUAN MASITA BINTI SAKIM
BENDAHARI CIK KHALIJAH BINTI RAAF
PUAN HASLIZAWATI BINTI HUSIN
PENYELARAS KEBITARAAN PUAN NOORAZILAH BINTI SULAM
AHLI JAWATANKUASA PUAN ELLYA BINTI OTHMAN
PUAN KAMARIAH BINTI DAUD
PUAN SANTHEE A/P AYAVOO
PUAN NOORALIZA BINTI ZAWAWI
PUAN HAJJAH SITI FATIMAH BINTI HASSAN

REQUEST FOR PROPOSAL BAHASA INGGERIS

1.      RINGKASAN EKSEKUTIF

         Bahasa Inggeris merupakan bidang akademik yang ingin diketengahkan oleh SK Tunku Mahmood 1 ,Kluang sebagai satu cabang ilmu yang mampu melonjakkan nama sekolah secara khususnya dan meletakkan kejayaan di daerah Kluang seterusnya di peringkat negeri dan kebangsaan. Bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia  untuk mengembangkan potensi individu sepenuhnya demi memenuhi keperluan Negara, justeru Panitia Bahasa Inggeris SK Tunku Mahmood 1 , mengambil langkah proaktif dalam merangka program yang dapat menggalakkan penglibatan positif warga SK Tunku Mahmood 1 demi memperkukuhkan Bahasa Inggeris selari dengan dasar MBMMBI ( Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris).
      
     Bilangan murid SK Tunku Mahmood 1 yang terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang membuatkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris agak mudah untuk di aplikasikan. Oleh itu pertandingan koakademik seperti  Choral Speaking, Public Speaking dan Story Telling akan diberi keutamaan memandangkan bakat yang adapada murid-murid SK Tunku Mahmood 1 .Selain itu pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu 90% keatas. Beberapa program telah  dirancang supaya SK Tunku Mahmood 1 mencapai pencapaian 100% lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR  2014 dan 2015


 2.    LATAR BELAKANG

     SK Tunku Mahmood (1) dengan kerjasama barisan pengurusan sekolah, tunjuk ajar para pendidik Bahasa Inggeris yang juga terdiri daripada pemeriksa kertas Bahasa Inggeris yang berpengalaman, program-program kecemerlangan yang dirancang serta kesungguhan para murid dalam menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris maka SK Tunku Mahmood (1) telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam beberapa tahun. Panitia Bahasa Inggerisjugasentiasaberusahadalammemastikanpeningkatan yang baik terhadap pencapaian para murid baik peperiksaan dalaman mahu pun peperiksaan awam. Graf berikut menunjukkan pencapaian keputusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam UPSR serta pencapaian dalam pelbagai pertandingank oakademik.

Pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhan dari tahun 2009 – 2013

 Pencapaian Dalam Pertandingan:

BIL
PENGLIBATAN
PERINGKAT
PENCAPAIAN
1.
Pertandingan Public Speaking



  • Daerah (2011)
  • Negeri  (2011)
  • Daerah (2012)
  • Negeri  (2012)
  • Daerah (2013)
  • Johan
  • Naib Johan
  • Johan
  • Saguhati
  • Naib Johan
 
2.
Pertandingan Story-Telling Tahap 1
  • Daerah (2013)
  • Naib Johan
 
3.
Pertandingan Story-Telling Tahap 2
  • Daerah (2013)
  • Naib Johan
 
4.
Pertandingan Story-Telling PraSekolah
  • Negeri (2011)
  • Naib Johan
 

3.    OBJEKTIF
       
      3.1.   100% murid lulus  dan 55 orang murid mencapai keputusan A dan mengurangkan jumlah pencapaian B
               dan C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR  2014 dan 2015.

      3.2.   Memperoleh tempat Johan dan sekurang-kurangnya ketiga dalam setiap pertandingan koakademik
              diperingkat daerah dan negeri yang disertai.

      3.3.  Melahirkan bakat kepimpinan dan keupayaan berhujah dalam program Public Speaking.

      3.4.  Mencapai kelulusan 100% bagi setiap aringan Linus 2.0 Bahasa Inggeris di kalangan murid tahap satu.

      3.5. Melahirkan tiga orang guru yang cemerlang, lebih kreatif dan berdaya maju dalam menggerakkan minat                murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris.

 4.    SENARAI PROGRAM YANG DIRANCANG.

BIL.
NAMA PROGRAM
SASARAN DAN TUJUAN
JANGKAAN IMPAK
1
Junior Kem Bahasa Inggeris
  • Memberi pendedahan secara maksimum kepada murid Tahap 1 dalam persekitaran Berbahasa Inggeris.
  • Potensidan keupayaan diri dikenal pasti.
  • Memupuk kesungguhan dan semangat persaingan yang tinggi.
2
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 5

  • Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam peperiksaan sebenar.
  • Kesungguhan murid  mencapai kecemerlangan dalam akedamik dalam UPSR sebenar.
3
Kem LINUS Bahasa Inggeris
  • Mendedahkan murid dengan konstruk
1 -12 yang wajib dikuasai dalam setiap saringan LINUS 2.0.
  • Mencapai kecemerlangan dan memperoleh keputusan 100% dalam saringan.
4
Latihan dan
Persiapan kepertandingan
Peringkat  Zon
  • Menambahbaik potensi murid dan mengilap bakat sebelum menyertai sesuatu pertandingan.
  • Potensi dan keupayaan diri dikenalpasti.
  • Kesungguhan murid mencapai kecemerlangan dalam koakedamik Bahasa Inggeris di peringkat zon.
 
5
Program  Murid Tahun 5 Bersama QUASAR UiTM
Segamat (Program
Jalinan)
  • Memberi pendedahan lebih luas kepada murid-murid dalam perkongsian ilmu.
  • Meluaskan pengetahuan am murid tentang kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.
  • Keupayaan murid bersaing dalam perkongsian pintar bahasa Inggeris merentas ilmu di peringkat kebangsaan.
 
6
Latihan dan Persiapan
kepertandingan Peringkat Daerah
  • Menambahbaik potensi murid dan mengilap bakat sebelum menyertai sesuatu pertandingan.
  • Potensidan keupayaan diri dikenalpasti.
  • Kesungguhan murid mencapai kecemerlangan dalam koakedamik Bahasa Inggeris di peringkat zon
 
7
PERKEMBANGAN
STAF
Kursus Asas Fonetik dikalangan guru(dikendalikan oleh guru pakar jemputan)
  • Menambahbaik kemahiran berbahasa dalam kalangan warga pendidik sekolah.
  • Pengetahuan berbahasa dan membudayakan kreativiti dalam bidang bahasa lebih lancar dan fasih dalam kalangan warga sekolah.
 

 5.    OUTPUT DAN FAEDAH

       5.1.     Output

                5.1.1.  Semua murid berupaya mengaplikasi Bahasa Inggeris dengan sebaik-baiknya dalam setiap 
                          peperiksaan demi mencapai keputusan yang lebih cemerlang dari setiap tahun.

                5.1.2.  Semua murid berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris dalam suasana kondusif berbantukan 
                          kepakaran jurulatih luar dan tempat pembelajaran akses kendiri yang lengkap dan bersepadu.

                5.1.3.  Memenangi setiap pertandingan koakedamik Bahasa Inggeris di setiap peringkat sekurang-
                          kurangnya tiga tempat terbaik.

                5.1.4.  Memberi peluang kepada setiap murid untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan
                          fasih dan berkeyakinan.

                5.1.5.  Merealisasikan konsep‘ English Is Fun ‘ dengan melibatkan aktiviti murid secara menyeluruh 
                          dan aktif dalam setiap progam sekolah.

                5.1.6.  Melahirkan murid yang berpotensi tinggi dan memperoleh keputusan cemerlang tinggi dalam
                          setiap peperiksaan di semua peringkat.

       5.2.    Faedah

                5.2.1.  Memupuk semangat dan motivasi dalam diri murid untuk menguasai Bahasa Inggeris sebagai 
                          bahasa ilmu dan bahasa dunia.

                5.2.2.  Mencungkil bakat murid secara menyeluruh dan saksa mamenerusi kepelbagaian aktiviti 
                          baik di sekolah mahu pun keperingkat yang lebih tinggi.

                5.2.3.  Melahirkan murid yang holistik dan berdaya saing dalam menempuh kepelbagaian cabaran
                          dan sentiasa bersedia merebut ruang dan peluang bagi meraih kecemerlangan.

                5.2.4. Menjadikan sekolah sebagai pusat penerokaan kendiri murid bagi meningkatkankualiti 
                         Bahasa Inggeris dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan 
                         berteknologi tinggi .

               5.2.5. Melonjakkan prestasi dan kecemerlangan sekolah di semua peringkat dan bidang yang diceburi.

6.    JUSTIFIKASI

        Kerjasama dan penggemblengan tenaga warga sekolah dari setiap peringkat secara berterusan turut               
        memberikan impak yang positif dalam usaha Panitia Bahasa Inggeri suntuk :

          6.1. Membentuk persekitarans ekolah yang membudaya dan mengaplikasi penggunaan Bahasa Inggeris 
                secara menyeluruh dalam kalangan wargas ekolah SK Tunku Mahmood (1), Kluang.

        6.2.  Melahirkan guru Bahasa Inggeris yang berkreativiti serta menggunakan teknologi maklumat terkini 
               dalam pengajaran dan pembelajaran.

        6.3.  Membentuk murid yang holistik dan berketerampilan dalam setiap pertandingan yang disertai 
               bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

        6.4.  Melahirkan murid berkemahiran yang mampu menguasai konstruk saringan dalam LINUS 2.0 
               serta memperoleh kelulusan 100%.

 7.    SUMBER KEWANGAN
             KementerianPelajaran Malaysia (Kluster).

8.    ANGGARAN KOS
            Anggaran kos ialah RM40,000.00