SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

906, Jalan sekolah, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim | Tel: 077711458 | Fax: 077721458 | Email: jbb2049@moe.edu.my

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga SK TUNKU MAHMOOD 1 dengan penuh iltizam berpegang teguh kepada Motto " Maju Dan Terus Maju " berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami;
  1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan sepenuhnya pada sesi persekolahan dengan memberi ilmu yang secukupnya kepada semua murid.
  2. Memastikan segala kemudahan fizikal dan kemudahan PdPC berada dalam keadaan baik dan selamat.
  3. Memastikan semua murid melepasi tahap penguasaan.
  4. Mengambil kira aduan dan buah fikiran daripada penjaga sebagai pemangkin untuk memperbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik.
  5. Memastikan murid-murid yang keluar dari SK TUNKU MAHMOOD 1 cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  6. Berusaha meningkatkan pencapaian peperiksaan UPSR, PBS, PAJSK, Psikometrik ke tahap maksimum.
  7. Menerapkan budaya kerja kelas pertama.
Sekiranya anda kurang berpuashati dengan layanan kami, sila hubungi;
Pengurusan Sekolah
Tel : 01-7711458