SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

906, Jalan sekolah, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim | Tel: 077711458 | Fax: 077721458 | Email: jbb2049@moe.edu.my

Moto Dan Lagu Sekolah

MOTO

‘ MAJU DAN TERUS MAJU ‘

Moto tersebut membawa maksud supaya semua warga sekolah ini sentiasa berusaha mencapai kemajuan dan terus berusaha meningkatkan kemajuan yang telah dicapai ke tahap lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.




LENCANA SEKOLAH

MENGANDUNGI :
  • Bendera sekolah dengan cogan kata “MAJU DAN TERUS MAJU
  • Matahari terbit dan Obor yang memberi erti cahaya melalui melalui pelajaran yang disampaikan kepada murid-murid
  • Daun Laurel yang memberi maksud kejayaan dalam sukan
  • Gunung Lambak dan seekor Keluang melambangkan nama daerah Kluang
  • Nama sekolah pada seutas riben menjadi asas kepada lencana sekolah

MAKSUD WARNA :
  • Warna kuning melambangkan sekolah ini di bawah naungan YTM Tunku Mahmood  Iskandar
  • Warna putih dan biru melambangkan pakaian murid sekolah rendah
  • Warna merah melambangkan semangat kebangsaan terhadap sekolah




LAGU SEKOLAH

MAJU DAN TERUS MAJU

MAJU DAN TERUS MAJU
ITULAH LAMBANG KAMI
BERSAMA SEMANGAT YANG BARU
MEMUPUK KETINGGIAN ILMU

MAJU DAN TERUS MAJU
TERAS HIDUP BERDIKARI
MARILAH BERSATU SEMUA
MEMBINA HIDUP BERHARMONI

AGAMA JADI PANDUAN
AMALKAN RUKUN NEGARA
BERGANDING BAHU BERSAMA
BERSATU KITA MAJU

MAJU DAN TERUS MAJU
ITULAH AZAM KAMI
BERSAMA SATUKAN TENAGA
MEMBINA IKRAR YANG SETIA