SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

906, Jalan sekolah, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim | Tel: 077711458 | Fax: 077721458 | Email: jbb2049@moe.edu.my

Kebitaraan Ragbi



JAWATANKUASA KEBITARAAN RAGBI
PENASIHAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG
PENGERUSI ENCIK JASMAN BIN MURSID
Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI PUAN MARIAM BINTI K. MOHAMED
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI I ENCIK RAHMAN BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI II ENCIK SHAMSUDDIN BIN TAMSIR
Penolong Kanan Kokurikulum
PENYELARAS SKK ENCIK SARIF ADLI BIN SIDIK
SETIAUSAHA PUAN MASITA BINTI SAKIM
BENDAHARI CIK KHALIJAH BINTI RAAF
PUAN HASLIZAWATI BINTI HUSIN
PENYELARAS KEBITARAAN ENCIK MOHAMAD MAHAZAM B. MAT DAUD
AHLI JAWATANKUASA ENCIK SUHAIMI BIN MOHAMED
ENCIK MOHD ARIFFIN BIN HASSAN
PUAN ROKIAH BINTI IBRAHIM
ENCIK RAMLI BIN A. AZIZ
PUAN SURIATI BINTI AHMAD

REQUEST FOR PROPOSAL RAGBI
  1.   RINGKASAN  EKSEKUTIF
            Minat serta kebolehan murid SK Tunku Mahmood 1, Kluang dalam sukan ragbi merupakan satu bidang kokurikulum yang menampakkan keberhasilan utama ke arah mengembangkan potensi individu serta melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, sukan ragbi ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih efektif serta dapat melahirkan murid-murid yang sihat tubuh badan dan cerdas minda.
      SK Tunku Mahmood 1, Kluang ingin melonjakkan sukan ragbi memandangkan sekolah ini mempunyai kelebihan daripada segi sumber tenaga iaitu jurulatih yang bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam kalangan guru merangkumi teknik serta kemahiran permainan ragbi. Kelebihan yang dimiliki ini telah membolehkan pihak sekolah mewujudkan satu pasukan ragbi yang mantap serta cemerlang sehingga mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan yang telah disertai oleh pasukan ragbi sekolah ini sepanjang penubuhannya bagi mengesan kemampuan serta penguasaan kemahiran dan teknik oleh para pemain. Pasukan ragbi sekolah ini juga telah banyak mencapai kemenangan dalam pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun tidak mempunyai kemudahan padang serta  bilik ragbi yang lengkap.
         Pelbagai program yang dirancang bertujuan untuk mengangkat pasukan ragbi sekolah ini menjadi sebuah pasukan yang mantap dan disegani serta boleh dijadikan contoh atau penanda aras oleh sekolah-sekolah lain. Selain itu, melalui pogram-program yang dirancang ini diharapkan dapat melahirkan pemain ragbi yang berpotensi serta berbakat besar seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semua program yang akan dilaksanakan ini melibatkan kos sebanyak RM40,000.

 2.    LATAR BELAKANG

             SK Tunku Mahmood 1, Kluang telah merangka serta merancang untuk melonjakkan sukan ragbi ini kerana ramai murid yang menunjukkan minat serta kebolehan dalam permainan ragbi. Kecenderungan murid-murid dalam sukan ragbi ini amat memberansangkan lebih-lebih lagi sekolah ini mempunyai seorang guru yang berkemahiran tinggi dalam sukan ini yang telah bertindak sebagai jurulatih sehingga membolehkan pasukan ragbi sekolah diwujudkan sejak tahun 2011. Sepanjang penubuhan pasukan ragbi ini, pelbagai program serta pertandingan yang telah disertai. Antaranya:

PENGLIBATAN
PERINGKAT
PENCAPAIAN
Pertandingan Ragbi 7’s Bawah 12 Tahun Antara Sekolah-sekolah Jemputan
Negeri Johor
Penyertaan
Anugerah Emas (2011)
Pembangunan Pagbi MSSJ Bawah 12 Tahun
Negeri Johor
Penyertaan (2011)
Karnival Ragbi Kebangsaan 2011 Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s Bawah 11 Tahun
Kebangsaan
Keempat Kategori Plate (2011)
Karnival Ragbi Johor 2012 Bawah 11 Tahun
Kebangsaan
Penyertaan
Program Penanda Aras ke SK Pedah Jerantut, SK Pulau Tawar dan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur
-
Penyertaan
Sirkit Pembangunan Ragbi IMSCC
Negeri
Naib Johan Bowl (2012)
Sirkit 2 Pembangunan Ragbi IMSCC
Negeri
Johan Bowl (2012)
MSSD Ragbi Bawah 12 Tahun
Daerah
Naib Johan Kumpulan (2012)
MSSJ Ragbi Bawah 12 Tahun
Negeri
Penyertaan (2012)
Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Lelaki Baeah 12 Tahun MSSD
Daerah
Johan (2013)
Beta Machinery Analysis Sponsored BRC International Rugbys 10s
Antarabangsa
Penyertaan (2013)
Kejohanan Sirkit 1 Pembangunan Ragbi Johor Bawah 12 Tahun
Negeri
Johan (2013)
Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Bawah 12 Tahun
Negeri
Johan (2013)
Sirkit Johor
Negeri
Naib Johan Cup (2013)
The Southernmost Tip of Mainland Asia
Antarabangsa
Penyertaan (2013)
Kejohanan Mersing International Monsoon Cup
Antarabangsa
Naib Johan Cup (2013)
        
Segala program yang dirancang ini mensasarkan semua murid Tahap 2 yang berminat, mempunyai kebolehan dalam sukan ragbi serta dapat memberi komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan sukan ragbi sekolah ini. Lantaran daripada pelbagai program yang dirancang ini, diharapkan dapat mencungkil bakat dalam kalangan murid sekolah ini untuk diketengahkan dan seterusnya dapat melonjakkan imej sekolah ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa akan datang terutama dalam arena sukan ragbi. Di sinilah peranan pasukan ragbi sekolah dilihat sangat penting demi meningkatkan kecemerlangan sukan dan seterusnya melahirkan atlit berwibawa.

 3.    OBJEKTIF

       a)    Menyemai minat dan memupuk bakat dalam kalangan  murid  untuk melibatkan diri secara 
              aktif dalam sukan ragbi.
       b)    Memberikan pendedahan kepada pemain tentang teknik serta kemahiran dalam sukan ragbi 
              melalui tunjuk ajar serta latihan yang bersistematik.
       c)    Meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan ragbi sekolah.
       d)    Menjuarai setiap pertandingan yang disertai.
       e)    Mewujudkan pasukan pelapis sekolah dalam sukan ragbi.
        f)    Melahirkan sekurang-kurangnya 5 orang jurulatih ragbi bertauliah dalam kalangan guru 
              SK Tunku Mahmood 1, Kluang.
       g)    Mewujudkan fasarana yang lengkap untuk kemudahan serta keselesaan para pemain.
       h)    Melahirkan pemain yang berbakat yang mampu mewakili cabaran di peringkat daerah, negeri 
              dan negara saban tahun.
        i)    Melahirkan pemain yang berkualiti, bertanggungjawab, berdisiplin, bersemangat tinggi 
              serta berdaya saing ke arah mewujudkan satu pasukan ragbi yang mantap dan cekap.
      j)      Mendidik murid-murid mengenai keselamatan dan ’survival’ dalam menghadapi 
              kecemasan serta kemalangan semasa bersukan.

 4.    SENARAI PROGRAM YANG DIRANCANG


BIL.

NAMA PROGRAM

TUJUAN PROGRAM

JANGKAAN IMPAK
1.

Menyertai Kejohanan NS KGV 10'S November 2014
  • Meningkatkan pengalaman dalam situasi pertandingan.
  • Menjuarai pertandingan.
  • Menyertai serta menjuarai pertandingan hingga ke peringkat yang tertinggi.
2.
DRHINO Invitation 10's SK Paya Rumput Melaka November 2014
  • Menjalin hubungan dalam semangat kesukanan.
  • Meningkatkan pengalaman dalam situasi pertandingan.
  • Menyertai dan menjuarai pertandingan.
 
3.
Bayaran Jurulatih Khas Latihan Ragbi
  • Sebagai satu insentif dan galakan  ke arah keberkesanan program.
  • Memberi kemudahan dan mengurangkan bebanan `kos melepas’ yang ditanggung oleh jurulatih.
  • Meningkatkan kesungguhan dan daya usaha dalam aspek kejurulatihan.

  • Jurulatih dapat menetapkan sasaran (KPI) selaras dengan modul latihan.

5.    OUTPUT / FAEDAH

           Diharapkan sukan ini dapat mengketengahkan bakat yang dimiliki oleh murid-murid dalam 
           sukan ragbi sehingga ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di
           masa akan datang.

 6.    JUSTIFIKASI

         Sukan ini dipilih kerana:
  1. Sukan ragbi banyak melibatkan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Murid-murid didedahkan dengan pengalaman baru dalam sukan ragbi .
  3. Peluang yang cerah untuk ke peringkat yang lebih tinggi apabila kurang penyertaan dari sekolah lain.
  4. Mencungkil kemahiran dan bakat semulajadi yang ada di dalam diri murid-murid.
  5. Mempunyai jurulatih yang bertauliah dalam kalangan guru sebagai penggerak dan tulang belakang pasukan ragbi sekolah.
 7.    SUMBER KEWANGAN
         Peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia

 8.    ANGGARAN KOS
Anggaran kos keseluruhan program kebitaraan ragbi ialah RM40,000.